Selepas kematian Raja Busu, pentadbiran Lukut dikuasai Raja Jumaat sehingga 1864 dan diambil alih Raja Bot sehingga 1880. Sejarah penggalian bijih timah di Lukut bermula semenjak awal 1800 lagi, pada waktu itu proses melombong hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Sehingga tahun 1815, Lukut terus berkembang dengan lebih 1000 orang penduduk.
Цааш унших